Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jui Meng masih komited pada PKR, kata sumber
Diterbitkan:  Apr 4, 2013 11:57 AM
Dikemaskini: 5:54 AM

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng masih komited pada perjuangan PKR walaupun pemimpin tertinggi parti masih belum menentukan kerusi yang akan ditandinginya.

pkr congress 271110 jimmy chua jui meng Sumber dalaman PKR melihat demikian, walau keputusan muktamad bagi kerusi Chua mungkin hanya akan diputuskan esok selepas mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut sumber itu lagi, Chua dijangka mengadakan sidang media hari ini di ibu pejabat PKR, apabila parti memutuskan kerusi yang akan ditandinginya itu.

“Chua Jui Meng komited pada perjuangan PKR walaupun kerusi belum diputuskan lagi,” kata sumber berkenaan yang enggan dinamakan.

Difahamkan, Chua mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dua hari lalu selepas gagal mendapatkan kerusi Parlimen Gelang Patah, yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

Timbalan presiden parti Azmin Ali dalam satu sidang media semalam dilaporkan berkata, isu berhubung Chua dijangka telah selesai selepas perjumpaan bekas naib presiden MCA itu dengan Anwar.

Azmin juga berkata, Chua akan mendapat satu kerusi yang sesuai dengannya di Johor.

Kenyataannya itu menguatkan lagi dakwaan yang timbul bahawa Chua kini dikatakan cuba mengintai kerusi Parlimen Bakri, Kulai dan Segamat.

Bagaimanapun ada juga cakap-cakap yang menyebut bahawa Chua dijangka bertanding di Segamat yang sebelum ini ditandingi oleh calon DAP yang kalah kepada MIC dengan majoriti 2,991 undi.

ADS