Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Palanivel akui Samy Vellu calon boleh menang
Diterbitkan:  Apr 5, 2013 10:24 AM
Dikemaskini: 2:29 AM

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan calon yang boleh menang sekiranya dicalonkan untuk bertanding semula di Parlimen Sungai Siput dalam

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bagaimanapun, Palanivel berkata terpulang kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memutuskan sama ada bekas presiden MIC itu harus diberi peluang kedua untuk merampas semula kerusi itu.

mic agm president g palanivel "Beliau (Samy Vellu) adalah calon boleh menang," kata Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu di Kuala Lumpur.

Rabu lepas, Samy Vellu, yang juga Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur, mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang andainya beliau dipilih untuk bertanding semula.

Samy Vellu, yang bertanding dan menang di kerusi Parlimen itu sejak 1974, gagal mempertahankannya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia menerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi.

- Bernama

ADS