Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
ABU pertahan amaran jangan undi pada warga asing

Asalkan Bukan Umno (ABU) mengaku kumpulannya merancang untuk menghalang warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk tujuan mengundi tetapi tidak berniat untuk bertindak ganas dalam pilihan raya umum nanti, kata jurucakapnya Haris Ibrahim

Menurut gerakan itu, sejak dua bulan lalu, skuad Team ABU Halang Asing Ngundi (TAHAN) telah mengedarkan risalah pelbagai bahasa kepada warga asing untuk memberi amaran agar mereka tidak turun mengundi.

Risalah itu yang dinamakan 'Amaran' ditulis dalam bahasa bahasa Indonesia, Burma, Urdu serta Bangladesh dan disebarkan kepada warga asing di seluruh negara.

"Risalah 'amaran' ini satu sahaja tujuannya (iaitu) menghalang warga asing daripada mengundi dalam pilihan raya umum ke-13, atau berdepan dengan kemarahan rakyat.

"Amaran kami jangan diambil mudah. Skuad TAHAN telah diatur di seluruh negara untuk mempertahan kesucian proses pilihan raya kita," kata relawan ABU, Jason Sanjeev Ganesan dalam sidang media ABU pagi tadi.

Jurucakap ABU, Haris Ibrahim menegaskan langkah tersebut tidak wajar dianggap sebagai sentimen benci atau takut kepada orang asing (xenofobia) kerana mereka hanya "memastikan hak rakyat tidak dicabul mana-mana pihak".

"ABU tidak berniat bertindak ganas terhadap sesiapa pun. Ini adalah satu inisiatif damai," kata Haris.

Menurutnya, warga asing yang diberikan kad pengenalan untuk mengundi tiada bezanya dengan penceroboh Lahad Datu.

Pendatang asing tersebut, kata Haris, "disenjatakan" dengan kad pengenalan untuk "mencabul" hak rakyat di negara ini.

"Adakah tindakan pihak keselamatan kita di Lahad Datu itu xenofobik?" tanya Haris Ibrahim.

ADS