Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lanjut tarikh akhir, SPR dapat nasihat perundangan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapatkan nasihat undang-undang sama ada tarikh akhir bagi rakyat Malaysia di luar negara untuk mendaftar sebagai pengundi pos, boleh dilanjutkan, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

Ini memandangkan beberapa masalah teknikal yang dihadapi mereka yang cuba untuk mendaftar melalui lamanweb SPR.

Dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS, Abdul Aziz berkata, beliau telah difahamkan bahawa terlalu banyak 1B Borang dikemukakan pada saat-saat akhir.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang SPR sebelum membuat keputusan sama ada untuk melanjutkan tarikh akhir tersebut.

NONE Borang 1B digunakan untuk pendaftaran pengundi dari kalangan

rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara. Tarikh tutup telah ditetapkan pada tengah malam selepas pembubaran Parlimen.

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara telah cuba untuk memuat turun borang dari lamanweb SPR selepas Parlimen dibubarkan kira-kira tengah hari Rabu lalu (3 April).

Ini menyebabkan lamanweb ini tidak boleh diakses dan banyak warga siber menjadi berang kerana telah terlepas tarikh akhir tersebut.

Semakan pada jam 2 petang hari ini menunjukkan versi lamanweb SPR memaparkan makluman berikuat:

* Laman Web SPR sedang diselenggara.

* Perkhidmatan lain akan dikembalikan setelah penyelenggaraan selesai.

[Baca berita penuh]

SPR
ADS