Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membayangkan BN akan meletakkan calon Umno di Wangsa Maju dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita mahu rakyat menyokong tak kira siapa pun. Kalau Datuk Shafie jadi calon, okay. Kalau calon lain pun okay," kata Muhyiddin.

NONE Datuk Shafie Abdullah adalah ketua Umno bahagian Wangsa Maju dan juga setiausaha politik kepada perdana menteri.

"Yang penting BN menang dalam pilihan raya umum akan datang," katanya disambut sorakan NONE hadirin termasuk mereka yang berdiri di hadapan khemah di luar Madrasah Al-Islahiyah Al-Diniyah di Wangsa Maju.

Sekumpulan kira-kira 30 orang, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B, yang berhimpun di hadapan madrasah tersebut menyambut dengan bersorak apabila Muhyiddin menyebut nama Shafie dalam ucapan ringkasnya selepas menunaikan solat jumaat di situ.

Kumpulan tersebut juga membawa pelbagai poster dan kain rentang antaranya tertulis: " Belia 4B menyokong Dato Shafie", "GPMS like Dato Shafie", "Kembalikan Umno di Wangsa Maju", "Persatuan Penduduk Sek 1 Sokong Dato Shafei" dan We Want Dato Shafei.

Ketika ditemui Malaysiakini dan bertanya sama ada beliau sudah sah menjadi calon, Shafie hanya berkata: "Insya-Allah".

NONE Sejurus selepas Muhyiddin beredar dari madrasah tersebut, Shafie (berbaju oren) disambut penyokongnya dan beliau bersalaman dengan mereka.

Mereka melaungkan "Hidup Datuk Shafei" sambil menyanyikan lagi "Inilah Barisan Kita".

Sebelum ini, kerusi tersebut ditandingi oleh calon MCA dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Pada Januari lalu, MCA Wilayah Persekutuan dilapor membidas Shafie kerana didakwanya memonopoli peluang yang disediakan oleh pejabat pendidikan daerah untuk menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada ibu bapa di semua sekolah di daerah Keramat.

Ketua Biro Pendidikan MCA Wilayah Persekutuan, Eddie Heng dilapor mendakwa tindakan Shafie itu sebagai tidak menghormati semangat BN, mewujudkan perpecahan dalam BN Wangsa Maju dan menjejaskan peluang untuk merampas semula kerusi parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

ADS