SPR: NGO pemerhati sudah lantik 1,000 relawan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai pemerhati pada pilihan raya umum ke-13, kata Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata lima NGO adalah dari Semenanjung, sembilan dari Sarawak manakala tiga lagi dari Sabah dan masing-masing sudah melantik sukarelawan seramai kira-kira 1,000 orang yang bakal bertugas di pusat pengundian.

NONE"Mereka semua terdiri dari pelbagai latar belakang. Mereka akan diberi pas khas yang mempunyai nombor kod tertentu sebagai pengenalan diri mereka," katanya ketika diwawancara dalam rancangan Hello Malaysia terbitan Bernama TV semalam.

Wan Ahmad berkata hanya sukarelawan dari NGO diiktiraf SPR sahaja boleh memasuki pusat pengundian yang ditentukan dan mereka perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

NGO lain pula hanya dibenar memerhati dari jauh dan berada di luar pusat pengundian dan beliau berharap mereka mematuhi undang-undang serta tidak menimbulkan masalah di tempat mengundi.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.