Rundingan kerusi Pakatan di 3 negeri belum selesai

Pakatan Rakyat sedang melengkapkan rundingan mengenai pembahagian kerusi di tiga negeri - Johor, Sabah dan Sarawak - semuanya menjadi tumpuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Selepas dua jam mesyuarat Pakatan Rakyat semalam, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata terdapat pertindahan tuntutan kerusi bagi ketiga-tiga negeri itu yang melibatkan kerusi parlimen dan DUN.

15 pakatan winnable parliamentary seats in johor 1Menurutnya lagi, ekoran pertukaran kerusi PKR antaranya Bentong dan Gelang Patah kepada DAP, parti tersebut perlu bergerak ke hadapan dengan membuat cadangan kemungkinan melakukan pertukaran kerusi.

Antara pemimpin yang hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli dan Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Johor, Sabah and Sarawak adalah negeri tumpuan Pakatan Rakyat yang merangkumi lebih 80 daripada 222 kerusi Parlimen dan akan menjadi penentu kepada gabungan parti politik untuk mentadbir Putrajaya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.