Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PERKASA dakwa terima surat palsu Yusuf Al-Qardhawi
Diterbitkan:  Apr 7, 2013 10:59 AM
Dikemaskini: 8:50 AM

Naib presiden PERKASA Datuk Zulkifli Noordin mendakwa Pakatan Rakyat akan menyebarkan risalah palsu yang mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan ulama terkenal dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Laporan Mingguan Malaysia menyebut, MP Kulim-Bandar Baru itu mendakwa menerima salinan risalah bertarikh 2 Mac, didakwa sebagai surat dari ulama berkenaan yang mengandungi sokongan kepada Anwar.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi “Ini merupakan politik terdesak Anwar untuk penuhi nafsu ke Putrajaya. Rakyat Malaysia jangan tertipu dengan risalah palsu yang merupakan taktik kotor pembangkang,” kata Zulkifli seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Perlumbaan untuk menggunakan nama ulama besar tersebut dalam kempen politik di Malaysia bermula apabila lumpulan penyokong Anwar giat menyebarkan rakaman berhubung fatwa yang dikeluarkan Dr Yusuf  terhadap pertuduhan Liwat II yang dihadapi oleh ketua pembangkang.

Malah, Anwar dalam ceramahnya juga sering mengulangi fatwa oleh Ketua Ulama Islam Sedunia itu, bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

NONE Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun tidak mahu ketinggalan dalam usaha untuk menggunakan nama penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah tersebut.

Dalam ucapannya, Najib juga sering mengulangi mengenai sepucuk surat yang diterimanya daripada ulama Mesir itu.

Najib mendakwa Dr Yusuf menyatakan pengiktirafan dan penghargaan beliau kepada kerajaan terhadap misi lawatan kemanusiaan itu yang disifatkannya sebagai misi yang berani dan luar biasa.

Sokongan Dr Yusuf itu dikaitkan Najib dengan iltizam kerajaan pimpinannya untuk mempertahankan kalimah Allah.

ADS