Pemuda BN Selangor menuntut pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak membina satu litar perlumbaan di Selangor sekiranya parti itu berjaya merampas kembali negeri tersebut.

Ketua Pemuda BN Selangor Engku Salleh Abd Jamal berkata litar perlumbaan itu merupakan antara permintaan utama yang disuarakan ketika kunjungan Najib ke satu acara di Shah Alam hari ini.

“Golongan muda sekarang mereka suka motosikal. Mereka perlukan litar perlumbaan drag, sepanjang 800 meter hingga 1km, kerana mereka ubahsuai motosikal sendiri,” katanya.

Beliau berkata litar berkenaan akan dapat mengekang gejala sosial seperti lumba haram.

Ungku Salleh berkata beliau juga meminta kerajaan membina kompleks sukan untuk membolehkan mereka bermain badminton dan futsal pada harga berpatutan, dan Najib berkata akan menimbang cadangan tersebut.

[Baca berita penuh]