Penasihat kebangsaan Hindraf N Ganesan berkata BN telahpun memasukkan beberapa elemen daripada rangka tindakan mereka ke dalam manifesto BN, namun kumpulan pendesak itu tetap mahu sokongan jelas daripada parti tersebut.

Katanya, BN perlu menyokong rangka tindakannya untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

“BN telah memasukkan beberapa elemen rangka tindakan, tapi ia hanya satu janji.

“Kami mahu kenakan kriteria sama (kepada semua), kami mahu sokongan (kepada rangka tindakan Hindraf), katanya Ganesan ketika dihubungi.

Ganesan bagaimanapun berkata Hindraf hanya akan memberi kenyataan penuh dalam tempoh beberapa hari, selepas mengkaji sepenuhnya manifesto BN.

Mengulas mengenai pertemuan keduanya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ganesan berkata ia ditangguhkan ekoran pembubaran Parlimen, namun Jabatan Perdana Menteri memberi petanda bahawa ia akan berlangsung tidak lama lagi.

Tambahnya, Hindraf juga sedang membincangkan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang dan akan membuat pengumuman apabila rundingan itu tamat.

[Baca berita penuh]