Sekumpulan penyokong PAS menahan empat lelaki yang didakwa sedang memasang kain rentang memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dalam satu kejadian di Semenyih, petang semalam.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman berkata empat lelaki yang berusia kira-kira akhir 20-an dan awal 30-an itu ditahan bersama sebuah kereta perodua Myvi yang mempunyai pelekat logo 1Malaysia ketika menggantung kain rentang palsu itu.

NONEKain rentang itu mengandungi tulisan yang antara lainnya didakwa melaga-alagakan pemimpin Pakatan

Kain rentang dengan tulisan dalam bahawa Cina itu antara lainnya membawa slogan mendakwa PAS Pusat menyokong presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri.

Katanya, keempat-empat lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Semenyih untuk ditahan dan seterusnya laporan polis turut dibuat di situ.

"Semalam kita sudah tahan empat lelaki yang sedang gantung kain rentang palsu ini.

"Kita harap orang ramai yang nampak kain rentang palsu ini digantung atau nampak orang sedang pasang kain rentang palsu ini membuat laporan polis dan mengambil gambar.


NONE"Banyak lagi kain rentang palsu ini digantung disekitar Selangor dan kita percaya ini bertujuan untuk memburukkan Pakatan," katanya dalam sidang media PAS Selangor di Shah Alam hari ini.

Abdul Rani berkata PAS juga mengesan tulisan "Biro penerangan pada kain rentang itu turut bertulis "Biro Penerangan PAS Pusat".

Menurut Abdul Rani, PAS tidak pernah menggunakan perkataan "biro" sebaliknya lajnah.

Sehubungan itu, Abdul Rani berkata tindakan terdesak yang didakwa dilakukan oleh BN itu menunjukkan bahawa mereka benar-benar ingin mengambil Selangor.

Selain kain rentang, katanya lagi, risalah di masjid-masjid sekitar Selangor yang memburuk-burukan Pakatan turut diedar.

"Mana ada kita guna "biro". "Biro" ini orang Umno je pakai. Kita guna "lajnah".

"Saya ada juga jumpa risalah yang burukkan Pakatan diedar di masjid. Saya sendiri tengok. Saya harap kepada nazir-nazir masjid pantau yang ternampak risalah itu supaya buang risalah itu," katanya lagi.

Satu kenyataan polis menyebut, pasukan itu mengesan sembilan kes perbuatan khianat di Selangor, termasuk kes di Beranang, Semenyih.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf dalam laporan Bernama menyebut sekumpulan 30 orang lelaki menghalau dan mengugut untuk memukul sekumpulan lelaki yang sedang memasang bendera sebuah parti politik.

Katanya, sembilan kes dilapor di Selangor semalam, membabitkan bakar bendera, turunkan kain rentang serta mematahkan kayu bendera.