Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata janji BN untuk menyediakan sejumlah 3.3 juta pekerjaan baru jika menang dalam pilihan raya akan datang adalah “tidak realistik” berdasarkan rekod yang ditunjukkan parti itu.

Katanya, data yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi menunjukkan purata 300,000 pekerjaan disediakan setahun, dalam tempoh empat tahun pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Untuk mencapai sasaran 3.3 juta pekerjaan baru ini, kerajaan perlu menyediakan secara purata 650,000 pekerjaan setahun, iaitu lebih dari dua kali ganda,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Rafizi juga berkata, BN berjanji untuk menyediakan pekerjaan baru dengan membawa masuk RM1.3 juta dalam bentuk pelaburan, namun tidak menyatakan kaedah yang akan digunakan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada tenaga kerja asing

“Beliau juga tidak menyatakan bagaimana pekerjaan baru ini akan diisi oleh orang tempatan,” katanya.

Tambahnya, Najib sepatutnya menyediakan mekanisme jelas untuk menyediakan 3.3 juta pekerjaan baru dengan pelaburan itu.

Janji yang dinyatakan BN itu mengatasi tawaran Pakatan Rakyat untuk menyediakan 1 juta pekerjaan baru dengan mengurangkan tenaga kerja asing.

[Baca berita penuh]