Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hanya 14 peratus manifesto BN baru, dakwa PKR

Hanya 23 janji atau 14 peratus daripada manifesto BN yang diumumkan pada Sabtu lalu mengandungi perkara baru, kata PKR.

NONE Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli ( kanan ) berkata, kebanyakan idea yang dikemukakan hanya kepanjangan daripada program kerajaan, yang sekali gus menunjukkan kelemahan.

"Kira-kira 15 peratus janji disalin daripada janji yang sedia ada dalam manifesto Pakatan," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Menyelar Najib yang didakwanya tanpa segan silu menggunakan idea Pakatan, Rafizi menuntut perdana menteri tampil mempertahankan keaslian manifesto BN itu.

Katanya, Najib memilih memasukkan idea Pakatan kerana janji-janji itu sangat popular.

[Baca berita penuh]

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS