Diapit oleh aktivis lama Hindraf, bekas ketua penerangan Hindraf S Jayathas berkata, Waythamoorthy mesti memutuskannya dalam tempoh 48 jam.
"Jangan biarkan orang ramai keliru, ini masa depan masyarakat
India, jangan main pakau dengan masyarakat India," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.Kumpulan itu menyatakan rasa kecewa mereka dengan langkah Waythamoorthy bertemu dengan perdana menteri bulan lalu bagi membincangkan rangka dasar pergerakan itu untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat India.
"Bagaimana Waythamoorthy boleh menggesa supaya masyarakat India percaya dan menyokong BN hanya jika Najib Razak tandangan rangka dasar mereka hanya beberapa minggu sebelum pilihan raya umum ke-13?
"Amat mengejutkan, walaupun BN mengetepikan dan menganiaya masyarakat India selama 56 tahun, kumpulan Hindraf Waythamoorthy' masih bersedia menyokong BN," katanya.
Hindraf juga mendekati Pakatan Rakyat sebelum ini tetapi rundingan itu terhenti apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan merestui rangka dasar Hindraf dengan menyatakan ia sudah dimasukkan dalam Buku Jingga dengan landasan melangkaui kaum.
[Baca berita penuh]
