Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, selepas tarikh akhir pada tengah malam selepas Parlimen dibubarkan, menurut undang-undang, ia tidak boleh disambung lagi.
J
usteru, Abdul Aziz mencadangkan, pihak yang gagal mendaftar sebelum tarikh akhir itu melihat diri sendiri dan bertanya kenapa ia boleh berlaku dan pulang mengundi.Rakyat Malaysia di luar negara sebelum ini cuba mendaftar secara dalam talian melalui laman web SPR tetapi kecewa apabila cubaan banyak kali mereka gagal ekoran laman web itu gagal diakses.
Mereka juga mengalami kesukaran untuk menghantar permohonan lengkap kepada alamat e-mel suruhanjaya itu.
SPR sebelum ini menyatakan mereka memperimbang menyambung tarikh akhir selepas dakwaan berlaku masalah teknikal dalam kemudahan pendaftaran atas talian dengan berkata mereka akan mendapatkan nasihat perundangan berhubung perkara itu.
[Baca berita penuh]