Anggota Parlimen Ayer Hitam Datuk Wee Ka Siong sedih apabila Pengerusi Dewan Himpunan Bukan Islam PAS Hu Pang Chow, 58, dikatakan akan bertanding di Parlimen itu walaupun bukan anak tempatan.

"Mereka (pemimpin tempatan parti) sudah bekerja di situ antara satu hingga dua tahun, dan tiba-tiba kamu lihat seseorang daripada Kelantan diturunkan sebagai calon.
"Apa perasaan kamu?" katanya.
Wee yang juga timbalan menteri pelajaran sementara juga mendakwa, pemimpin akar umbi PAS memberitahunya bahawa mereka juga sedih berhubung perkara itu.
Dalam pilihan raya umum lalu, Wee menang selesa mengalahkan calon PAS Hussin Sujak dengan majoriti 13,909 undi.
[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.