"Kita kesal ia hanya 15 hari. Kami berharap tempohnya 21 hari, seperti yang dituntut oleh BERSIH, " katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Kami merasakan media yang dikawal oleh BN, tidak memberikan liputan yang adil yang mencukupi kepada pembangkang (pusat) atau kepada kerajaan negeri (Pulau Pinang). Itulah sebabnya kita rasa kita memerlukan lebih banyak masa (kempen).
"Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menambah dua hari berbanding (tempoh kempen) 2008, tetapi ia tidak mencukupi."
SPR hari ini mengumumkan bahawa ia telah menetapkan 20 April untuk penamaan calon dan 5 Mei untuk pengundian bagi pilihan raya umum ke-13.
Lim, yang juga setiausaha agung DAP, melahirkan harapan bahawa SPR akan memastikan kebebasan media dan agensi-agensi kerajaan yang lain sepanjang tempoh kempen.
Beliau mengulangi kecamannya terhadap masa 10 minit yang diperuntukkan oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk parti-parti politik merakam dan menyiarkan manifesto mereka di televisyen.
Mengulangi sentimennya bahawa ia adalah satu "penghinaan kepada pilihan raya dan proses demokrasi", Lim berkata kebebasan media adalah untuk semua masa, "bukan hanya selama 10 minit di TV".
Lim juga meminta supaya tarikh 5 Mei - hari Ahad - diisytiharkan sebagai cuti umum kerana ia adalah hari bekerja di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
"Walaupun ini tidak melibatkan Pulau Pinang, tetapi kami berharap ia akan dilakukan untuk negeri-negeri (berkenaan) di mana Ahad, bukan hari cuti umum, untuk berlaku adil kepada semua."
[Baca berita penuh]