Naib presiden MCA Gan Ping Sieu berkata penyaluran Bantuan Rakyat 1Malaysia tidak boleh dilihat sebagai buah tangan semata-mata tetapi sebahagian daripada rancangan untuk mewajarkan subsidi negara.
Bantuan wang tunai itu membolehkan bantuan disalur dengan lebih khusus kepada keluarga dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 berbanding sistem subsidi sedia ada, kata dalam satu forum berhubung pilihan raya umum.
"Jika satu pandu kereta dan belanja RM3,000 untuk petrol, kerajaan beri RM1,000 subsidi, tetapi jika seorang dari sebuah kampung dengan pendapatan rendah belanja RM300 untuk petrol, dia hanya dapat subsidi RM100.
"Bagaimana saya dapat subsidi RM1,000 dan orang miskin dapat RM100? Duit kerajaan untuk membantu orang miskin, bukan orang kaya," katanya.
Beliau membandingkan bantuan tersebut dengan tawaran Pakatan Rakyat seperti untuk menyediakan pendidikan percuma dan penghapusan bayaran tol, yang disifatkannya sebagai cadangan yang tidak kukuh.
Pandangan itu bagaimanapun ditangkis anggiota jawatankuasa pusat DAP Liew Chin Tong yang berkata ia menunjukkan pengakuan bahawa BN merancang untuk mengurangkan subsidi selepas pilihan raya.
Katanya, kenyataan itu menunjukkan pengakuan jujur bahawa "harga barangan akan naik selepas pilihan raya".
Liew juga mempertahankan janji Pakatan, bahawa ia akan dibiayai dengan penjimatan yang diperolehi daripada tindakan ke atas rasuah dan pelarian wang ke luar negara.
Ia berbeza dengan bantuan BR1M, yang didakwanyna akan dibiayai dengan pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya.
[Baca berita penuh]
