Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah menyenaraikan pelanggaran utama tatalaku kerajaan sementara oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor selepas pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini termasuk:
- Pada 4 April, Menteri Besar sementara, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bonus RM300 kepada kakitangan negeri, sehari selepas pembubaran Parlimen;
- Tambahan peruntukan RM2.46 juta untuk program keselamatan kejiranan pada 5 April;
- Penduduk kampung di Bestari Jaya diberi hakmilik tanah dan Khalid menawar untuk membantu mereka yang tidak mampu untuk membayar premium.
"(Ia adalah) sama seperti membeli undi," bidas Irene Fernandez - pengerusi bersama jawatankuasa khas BERSIH yang memantau pelanggaran pilihan raya - yang telah berjanji untuk mendedahkan kepada awam pelanggaran pilihan raya oleh semua parti yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
Jawatankuasa itu juga menyenaraikan tuduhan 'membeli undi' oleh kerajaan pusat sementara:
- Pengumuman Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang pembangunan Cyberjaya yang bernilai RM6 bilion;
- Najib mengedarkan 22,000 topi keledar kepada penyokong BN untuk digunakan semasa berkempen;
- Peruntukan RM5.1 juta untuk sekolah-sekolah Cina di Kedah;
- Memperluas kad diskaun 1Malaysia kepada pesara kerajaan;
- Penggunaan kenderaan Jabatan Penerangan di majlis BN;
- Timbalan Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan komputer riba untuk setiap pelajar.
Ditubuhkan selepas pembubaran Parlimen, jawatankuasa khas BERSIH itu memantau kerajaan pusat dan semua kerajaan negeri - yang telah menjadi kerajaan sementara sehari selepas pembubaran Parlimen dan DUN masing-masing.
[Baca berita penuh]
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.