Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

MCA telah mengesahkan bahawa parti itu akan memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di kerusi Parlimen Kuantan dan dua kerusi negeri (DUN) yang lain.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat MCA hari ini, Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, parti itu akan diperuntukkan kerusi baru selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan datang.

MCA akan menyerahkan kerusi DUN Kota Laksamana di Melaka kepada PPP, dan sama ada Jelapang atau Tronoh di Perak.

Chua berkata kerusi tradisional MCA di Gelang Patah dan Wangsa Maju masih dalam rundingan.

MCA hanya memenangi 15 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandinginya dalam pilihan raya umum 2008, dan 32 daripada 90 kerusi DUN, kebanyakan dimenangi DAP.

[Baca berita Penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS