Selepas 90 hari di sana, beliau yakin dapat menumbangkan penyandang kerusi itu daripada calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Michael Jeyakumar, yang sebelum ini menggunakan lambang PKR.Samy Vellu (kanan) antara pemimpin kanan BN yang dihanyutkan gelombang tsunami politik 2008 apabila tewas dengan Jeyakumar dengan majoriti 1,821 undi.
"Sehingga hari ini, kami sudah adakan pertemuan dengan 120 ketua-ketua masyarakat," katanya yang gembira dengan sambutan yang diberikan akar-umbi.
"Saya sendiri terkejut,. Saya pulang selepas hampir lima tahun dan orang masih mengingati saya dengan baik," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
[Baca berita penuh]