Komtar, yang semakin dikenali sebagai dataran demokrasi kerana banyak perhimpunan yang diadakan oleh kumpulan anti-Pakatan sejak 2008, menyaksikan salah satu saat yang jarang berlaku apabila satu perhimpunan berlangsung menyokong kerajaan negeri hari ini.

NONEPada mulanya, kira-kira 50 orang menghadiri perhimpunan tersebut,
dengan membawa sepanduk pro-Pakatan bagi menyatakan hasrat mereka supaya gabungan itu dikekalkan di Pulau Pinang.

Kemudian, peserta perhimpunan meningkat sehingga kira-kira 100 orang dan bertukar menjadi ceramah mini oleh kira-kira tujuh penceramah, kebanyakannya dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

NONETurut berucap ialah Ketua SAMM, Badrul Hisham Shaharin.  

Beliau memuji kerajaan Pulau Pinang kerana membenarkan kebebasan bersuara berkembang, dengan banyak demonstrasi yang diadakan di Komtar oleh kumpulan-kumpulan seperti PERKASA.

Dalam ucapan ringkas mereka, para penceramah mengecam Umno dan BN untuk semua masalah di negara ini, termasuk peminggiran orang Melayu.

Kebanyakan peserta perhimpunan memakai baju-T kuning dan dilihat bertepuk tangan dan bersorak apabila penceramah berucap menghentam BN.

Tiga trak polis ditempatkan berdekatan, tetapi tidak menghalang perhimpunan tersebut

NONEBagaimanapun, semasa perhimpunan tersebut, ramai juga dilihat
menggosok mata, batuk dan menutup mulut akibat semburan lada oleh beberapa individu yang tidak dikenali.

Antara penceramah di perhimpunan itu termasuk Ketua AMK negeri, Amir Ghazali; Ketua Wanita PKR Bayan Baru, Latifah Hussainsa dan aktivis NGO anti-tol yang digelar 'Hapus',  Zainulfaqar Yaacob.

Perhimpunan itu berakhir dengan aman dengan orang hadirin menyanyikan lagu Negaraku.

[Baca berita penuh]