Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PKR hari ini menyifatkan tanggapan beberapa penulis blog yang mengaitkan ahli-ahlinya untuk pengeluaran video seks terbaru, sebagai tuduhan yang tidak masuk akal dan tidak berasas.

Naib Presiden Parti N Surendran berkata, dakwaan itu dibuat oleh seorang penjenayah yang disabitkan (penulis blog Papagomo) dan oleh itu, Surendran mahu umum tidak mempercayai dakwaan penulis blog seumpama itu.

NONE "PKR bersatu dalam gabungan ini. Kita bersatu untuk mengalahkan

regim BN yang opresif dan korup, "katanya.

Surendran (kiri dalam gambar) menyifatkan hubungan PKR dengan parti komponen Pakatan Rakyat lain sebagai mesra.

"Malah, kita lebih bersatu daripada masa lalu dengan niat bersama untuk menumbangkan BN," katanya.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya berkata mereka tahu siapa yang mempunyai rekod mengeluarkan video yang meragukan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan tindakan mengaitkan pengeluaran video itu dengan PKR sebagai politik kotor.

"Motif mengeluarkan video tersebut adalah jelas. Ia satu percubaan untuk memecahkan hubungan AMK dengan PAS," katanya.

"Kami tidak percaya orang dalam video itu adalah pemimpin PAS," kata Shamsul.

Beberapa penulis blog telah mengaitkan AMK dengan pengedaran video tersebut ke beberapa buah rumah di Besut, Terengganu.

Malah, penulis blog Pro-Umno Papagomo juga membuat tanggapan bahawa wanita dalam video itu telah dibayar oleh PKR.

[Baca berita penuh]

ADS