Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Setiausaha PAS Cawangan Danan Timur, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selising, Ibrahim Ismail, 63, mengisytiharkan beliau akan bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya keputusan itu sebagai membantah tindakan PAS memilih semula penyandang kerusi DUN itu Saiful Baharin Mohamad untuk bertanding bagi mempertahan kerusi DUN berkenaan pada pilihan raya 5 Mei ini.

"Saya sebagai mewakili anggota PAS yang tidak berpuas hati dengan pemilihan semula penyandang DUN itu," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusannya itu di hadapan kira-kira 50 penyokong di rumahnya di Kampung Selising.

Akhir bulan lepas Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika merasmikan peletakan batu asas pembinaan Stadium di Bukit Merbau membuat pengumuman Saiful akan dikekalkan bertanding untuk mempertahan kerusi itu pada PRU13.

Ibrahim yang juga anggota jawatankuasa penerangan PAS kawasan Pasir Puteh berkata keputusan beliau itu berasaskan kepada desakan lebih 1,500 anggota PAS akar umbi supaya beliau bertanding.

Beliau mendakwa anggota PAS pernah membantah pencalonan Saiful pada PRU 2008 dan sukar bagi PAS untuk memenangi kerusi DUN berkenaan jika Saiful dikekalkan calon pada PRU kali ini.

- Bernama

ADS