Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Analisis BN berdasarkan andaian salah, kata PKR

Analisis BN bahawa janji dalam manifesto Pakatan Rakyat akan memufliskan negara ini dibuat berdasarkan andaian salah dan angka-angka yang palsu, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.

Beliau mendakwa menerima laporan analisis manifesto dalaman BN dan mendapati ia mengambil remeh potensi kerugian dalam hasil kerajaan.

NONE Peningkatan perbelanjaan juga ditaksir secara berlebihan dan analisis itu tidak mengambil kira penjimatan RM45 juta yang disasarkan Pakatan, kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Katanya, anggaran BN bahawa perbelanjaan mengurus akan melebihi RM270 juta dibuat berdasarkan perbelanjaan dan pembaziran kerajaan, yang dibuat ketika perbelanjaan mengurus setinggi RM202 bilion.

Rafizi berkata beliau menerima analisis BN berhubung manifesto Pakatan melalui e-mail daripada pihak tidak dikenali pada Jumaat lalu.

Beliau percaya pada keasliannya berdasarkan angka dalam dokumen itu selari dengan yang dinyatakan oleh pemimpin kanan BN.

[Baca berita penuh]

ADS