Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PKR membariskan sebahagian besar muka baru sebagai calon Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak bagi menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei nanti.

Bagi kerusi Parlimen, hanya tiga daripada sembilan calon PKR yang diumumkan merupakan calon sama bertanding pada 2008, iaitu di Bagan Datoh (Madzi Hassan), Pasir Salak (Mustaffa Kamil Ayub) dan Gopeng (Lee Boon Chye).

Untuk kerusi DUN, juga tiga daripada 19 calon kekal bertanding di kawasan lama iaitu Kuala Kurau (Yunus Jamhari), Hutan Melintang (S Kesavan) dan Teja (Chang Lih Kang).

NONE Pada pilihan raya umum ke-13 kali ini, PKR bertanding 9 kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN di Perak.

Senarai itu diumumkan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan kira-kira 5,000 hadirin selepas memberikan ceramah di Kampung Manjoi, Ipoh, Perak malam tadi

Ketua pembangkang bagaimanapun tidak mengumumkan calon bagi Parlimen Sungai Siputdan DUN Changkat Jering, yang sedang dalam rundingan dalam Pakatan Rakyat.

Dengan menampilkan muka-muka baru, termasuk lebih banyak profesional, dilihat sebagai strategi parti itu untuk menawan Perak di negeri yang menyaksikan majoriti tipis bawah 1,500 di banyak tempat.

Parlimen

Lumut: Laksamana (B) Imran Abdul Hadi

Tapah: Vasantha Kumar

Tanjung Malim: Tan Yee Kew

Padang Rengas: Dr Meor Ahmad Asharra Ishak

Bagan Serai: Dr Mohd Nur Manuty

Tambun: Siti Aishah Shaik Ismail.

DUN

Pengkalan Hulu: Mejar (B) Abdullah Hassan

Temengor Supian Nordin

Kenering: Tarmizi Abdul Hamid

Kota Tampan: Zahrul Nizam Abdul Majid

Batu Kurau: Fadhil Alias

Kuala Sepetang: Chua Yee Ling

Bukit Chandan: Fathmawaty Salim

Hulu Kinta: A Tinagaran

Simpang Pulai: Tan Kar Hing

Tualang Sekah: Baldip Singh

Alor Pongsu: Rosli ibrahim

Chenderiang: Bah Tony

Behrang: Brigadier Jeneral (B) Hadi Abdul Khattab

Sungai Manik: Osman Abdul Khattab

Pangkor: Saifullah Mohd Zulkifli

Bota: Zulkifli Ibrahim


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS