Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Malaysiakini percuma mulai esok sempena PRU
Diterbitkan:  Apr 16, 2013 10:40 AM
Dikemaskini: 2:51 AM

Portal berita Malaysiakini versi Bahasa Inggeris dan Cina boleh dilayari percuma mulai esok sehingga hari pengundian 5 Mei ini.

"Ini dilakukan demi semangat demokrasi, kami percaya mengundi NONE sebagai tanggungjawab utama setiap rakyat Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysiakini Premesh Chandran hari ini.

"Rakyat Malaysia patut mendapat akses kepada maklumat kempen sebelum mengundi.

"Bahkan, warganegara negara ini patut membuat keputusan bermaklumat berhubung kerajaan yang mereka mahu di peti undi."

Chandran berkata, Malaysiakini berhasrat memainkan peranan penting memberikan maklumat kepada pengundi Malaysia.

Pemberian akses percuma semasa pilihan raya dimulakan dalam pilihan raya umum 2008 sebelum ini.

Untuk berlaku adil kepada pelanggan pula, Chandran berkata mereka akan diberikan lanjutan akses berdasarkan jumlah hari yang diberikan percuma. "

ADS