Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang tuduh Ghani jadi 'proksi' Dr M
Diterbitkan:  Apr 17, 2013 4:43 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

Lim Kit Siang menuduh pencabarnya di kerusi Parlimen Gelang Patah - Datuk Seri Abdul Ghani Othman - menjadi proksi kepada agenda bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'menguburkan' kerjaya politik pemimpin veteran DAP itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Lim mendakwa keputusan untuk mencalonkan Ghani menentangnya adalah sebahagian daripada "usaha yang sangat jelas dan sistematik untuk memulihkan Mahathirisme", yang diketuai oleh bekas perdana menteri itu sendiri.

NONE "Ghani adalah proksi Mahathir dalam agenda untuk 'menguburkan' saya di Gelang Patah, dengan Ghani menjadi standard untuk memulihkan Mahathirisme di Malaysia."

Lim berkata demikian ketika "menjemput" Ghani (kanan) untuk siri

tujuh perdebatan awam - yang pertamanya akan diadakan sebelum hari penamaan calon pada 20 April - mengenai pentingnya pilihan raya umum ke-13 kepada Johor dan Malaysia.

Siri perdebatan tersebut, kata Lim, merupakan pengganti paling sesuai untuk cabarannya kepada Mahathir sebelum ini untuk siri perdebatan 22 tahun Mahathir menjadi perdana menteri.

Semalam Ghani menafikan bahawa pencalonannya bertanding di Gelang Patah bertujuan untuk "menguburkan" kerjaya politik Lim, tetapi sebaliknya menegaskan ia merupakan satu usaha mempertahankan apa yang Johor telah dicapai, termasuk keharmonian kaum.

[Baca berita penuh]

ADS