Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pengumuman calon-calon PKR Sabah hari ini menyaksikan hanya satu daripada tujuh calon yang diumumkan oleh bekas pengerusi PKR Sabah, Ansari Abdullah dua minggu lalu, kekal dalam senarai akhir.

NONE Nama Ansari sendiri pun tidak termasuk dalam senarai akhir itu yang dipersetujui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jonathan Yasin yang diumumkan bertanding di parlimen Ranau oleh Ansari (kiri) termasuk dalam senarai 19 calon PKR bagi kerusi parlimen di Sabah.

Senarai itu dan nama 43 calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Sabah diumumkan pengerusi negeri, Ahmad Thamrin Jaini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang tadi.

Thamrin sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan".

PKR akan dibantu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin.

APS akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di atas tiket PKR manakala PPPS pula akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN juga atas tiket PKR.

Lajim akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding di kerusi Tamparuli.

Peminggiran Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah.

Ansari dilihat sesetengah pihak sebagai pilihan akar umbi dan pada masa yang sama, PKR kini cuba menguji kekuatan barunya yang  dijalin hasil kerjasama dengan dua MP yang dahulunya merupakan anggota BN.

Sejauh mana strategi itu berkesan akan hanya diketahui apabila jentera parti mula berkempen secara rasmi selepas proses penamaan calon pada 20 April ini.

Parlimen

P167 Kudat: Rahimah Binti Majid

P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap

P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy

P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred

P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking

P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong

P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail

P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin

P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee

P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin

P180 Keningau: Stephen Sandor

P181 Tenom: Masdin Bin Tumas

P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting

P183 Beluran: James Miki

P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar

P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong

P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron

P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi

P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min

DUN

N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam

N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin

N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan

N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau

N07 Kadamaian: Ukoh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad

N08 Usukan: Ir Mustafa Sa'mud

N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred

N10 Sulaman: Mukhtar

N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau

N12 Karambunai: Muali Bin Aching

N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen

N15 Api-Api: Liew Chin Jin

N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin

N20 Moyog: Terrence Siambun

N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar

N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel

N23 Bongawan: Tan Ser Ibrahim Menudin

N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad

N25 Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin

N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani

N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob

N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim

N29 Kundasang: Satiol Bin Indong

N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin

N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir

N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil

N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau

N34 Liawan: Paul Gitang

N36 Kemabong: Biou Suyan

N37 Sook: Liberty Lopog

N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar

N39 Sugut: Petrus Zabang

N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee

N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini

N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa

N43 Sekong: Musah Bin Ghani

N47 Kuamut: Benson Ingam

N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim

N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong

N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal

N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem

N55 Balung: Frank Salazar @ Franco

N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS