Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
BERSIH selar taktik momokkan, salah guna sumber k'jaan

Kumpulan proreformasi sistem pilihan raya menyelar BN atas dakwaan menakut-nakutkan dan menyalah guna sumber kerajaan untuk kempen pilihan raya.

"Masih ada cubaan oleh pemimpin BN untuk mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai dengan berkata pertukaran kerajaan akan menyebabkan kekacauan," kata Irene Fernendez dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Fernandez, pengerusi bersama jawatankuasa khas BERSIH yang memantau keganasan politik dan kerajaan sementara berkata, semua pihak patut kembali kepada kempen berdasarkan maklumat dan hujah berhubung dasar dan rancangan masing-masing.

"Jadi rakyat boleh membuat pilihan secara bermaklumat," katanya.

Sementara itu, pengerusi bersama jawatankuasa itu Zaid Kamaruddin pula menuduh kerajaan persekutuan terus menyalah guna sumber kerajaan untuk kempen pilihan raya.

Secara khusus, beliau membangkitkan pelanggaran "terangan-terangan" dalam penggunaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal bagi merampas Lembah Pantai dari tangan Nurul Izzah Anwar.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS