Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) menggugurkan tuntutan berkaitan dengan rasisme dan kematian dalam tahanan dalam persefahamannya dengan BN, yang ditandatangani oleh pengerusi gabungan itu Datuk Seri Najib Razak semalam.

s ganesan hindraf pc brickfields five-year blueprint"Kami terpaksa melepaskan semasa rundingan... perkara berkaitan hak asasi manusia," kata penasihat gerakan itu N Ganesan (kanan) kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, ia dilakukan ekoran jaminan kebajikan ekonomi lebih baik untuk masyarakat India di negara ini.

"Fokus kita sekarang keadilan ekonomi," jelasnya, sambil berhujah bahawa jaminan menghapuskan kemiskinan masyarakat India itu sendiri kejayaan besar.

Ganesan berkata, empat perkara dalam persefahaman BN-Hindraf berkaitan dengan peluang ekonomi, perumahan, latihan semula dan serta latihan untuk pekerja ladang yang dipindahkan.

[Baca berita penuh]