Penyokong BN bu Anwar di Permatang Pauh

Calon PKR Permatang Pauh Anwar Ibrahim hari ini disorak dan dibu setiap kali namanya disebut oleh Pegawai Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari penamaan di Institut Kemahiran Belia Negara Berapit.

Pengarah Pilihan Raya Yusni Ismail mengesahkan calon bertanding di Parlimen itu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bawahnya - Seberang Jaya, Permatang Pasir and Penanti - kira-kira jam 11.30 pagi.

"Bu! Pungkok (punggung)," sebahagian penyokong BN yang bersemangat melaungkan perkataan itu berulang-ulang dan calon-calon lain Pakatan Rakyat ketika nama mereka disebut.

Anwar dan calon-calon Pakatan - Dr Afiff Bahardin (Seberang Jaya), Norlela Ariffin (Penanti) dan Salleh Man (Permatang Pasir) - menyerahkan borang mereka pada jam 9.20 pagi.

Anwar dicabar oleh bekas Pengarah Telekom Malaysia Mazlan Ismail dan Dr Abdullah Zawawi Shamsuddin dalam persaingan tiga penjuru.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.