Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Calon DAP terkejut namanya tiada dalam senarai SPR

Calon DAP bagi kerusi Sri Tanjong, Chan Foong Hin terkejut besar semalam apabila namanya tidak ada dalam senarai akhir Suruhanjaya Pilihan Raya SPR) , walaupun pencalonannya  telah diterima oleh pegawai pengurus pada sebelah pagi.

NONE Pada jam 8.30 pagi ini, nama Chan masih tidak ada dalam

senarai calon SPR yang bertanding di kerusi tersebut yang terletak dalam kawasan Parlimen Tawau.

"Terkejut besar" dengan apa yang berlaku, Chan (kanan) berkata, ejen pilihan rayanya telah menyemak dengan seorang pegawai SPR dan diberitahu ia adalah "masalah teknikal".

"Menurut pegawai pengurus, apabila nama calon diumumkan,

sepatutnya tidak ada masalah.

NONE "(Beliau berkata) ia adalah satu kesilapan teknikal kerana (isu) penghantaran faks atau internet," katanya ketika dihubungi.

Chan berkata, beliau akan menghantar surat peguam untuk menuntut jawapan rasmi, jika senarai itu tidak dikemaskini dengan memasukkan namanya menjelang esok.

"Ia sama sekali tidak demokratik jika seseorang yang telah dicalonkan sebagai calon digugurkan daripada senarai sebelum pengundian dijalankan," katanya.

Semakan pada kira-kira jam 11.30 pagi hari ini bagaimanapuan mendapati nama Chan telahpun muncul dalam senarai calon yang akan bertanding di kawasan tersebut.

[Baca berita penuh]

ADS