Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Calon DAP untuk kawasan DUN Sri Tanjong  Chan Foong Hin terkejut besar apabila mendapati namanya tidak tersenarai sebagai calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), walau pegawai pengurus pilihan raya menerima borang pencalonannya semalam.

Nama Chan masih tidak tersenarai sebagai calon untuk DUN dalam kawasan parlimen Tawau itu, setakat jam 8.30 pagi ini.

Ejennya kemudian membuat pemeriksaan dengan pegawai SPR dan mendapati ia disebabkan “masalah teknikal”.

“Menurut pegawai pengurus pilihan raya, beliau berkata sebaik saja pencalonan diumumkan, tiada masalah akan timbul.

"(Beliau berkata) ia disebabkan masalah teknikal disebabkan masalah faksimili atau Internet,” katanya ketika dihubungi.

Semakan yang dijalankan pada jam 11.30 pagi ini mendapati nama Chan telahpun tersenarai sebagai calon untuk bertanding di kerusi berkenaan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS