Ghani: Hadi mungkin jadi PM jika undi Kit Siang

VIDEO l 2.43 minit

Calon BN untuk kerusi parlimen Gelang Patah Datuk Abdul Ghani Othman memberi amaran kepada pengundi kawasan tersebut bahawa presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin menjadi perdana menteri sekiranya mereka memilih lawannya, Lim Kit Siang dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Menteri besar dalam kerajaan sementara BN Johor itu berkata, beliau bimbang dengan keadaan tersebut.

“Apa yang beliau akan lakukan pada kita... betul atau tidak?,” katanya dalam ucapan tersebut.

Ditanya mengenai sumber maklumat tersebut, Ghani sekadar berkata, beliau mengetahui perkara itu daripada akhbar.

DAP berulang kali menegaskan bahawa ai akan menyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

BN bagaimanapun, terutamanya MCA, sering memberi amaran kepada pengundi Cina bahawa PAS, yang mempunyai kekuatan jentera dan keanggotaan paling besar berbanding parti lain dalam Pakatan, akan menuntut kedudukan perdana menteri sekiranya menang.

Umno pula di satu sudut lagi cuba meyakinkan pengundi Melayu bahawa DAP akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan tersebut.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.