Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS Kedah akan turunkan sendiri kain rentang provokasi

PAS Kedah memberi amaran untuk menurunkan sendiri kain rentang yang berunsur provokasi dan fitnah ke atas parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

Setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Zamri Ibrahim berkata mereka akan bertindak demikian sekiranya pemantau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menurunkannya dalam tempoh 24 jam.

NONE Zamri berkata jentera PAS telahpun membuat laporan kepada SPR pagi ini mengenai kain rentang yang dikesan dipasang di hadapan markas PAS di Langkawi itu.

"Kita minta pihak SPR, polis dan pihak berwajib supaya segera menurunkkannya demi keharmonian semua pihak.

"Bagi PAS Kedah, jika masih belum diturunkan selepas 24 Jam, PAS akan bertindak sendiri," katanya dalam sidang medianya di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut.

NONE Kain rentang itu antara lainnya mengandungi slogan "Tolak PR! Demi masa depan Melayu dan Islam" yang menonjolkan logo PKR, DAP dan PAS.

Selain itu, ada juga kain rentang yang mengandungi slogan "Surau Salahiah roboh, kita robohkan PAS" yang menunjukkan logo parti Islam itu, katanya.

Menurutnya lagi, terdapat juga kain rentang yang mempunyai unsur "nilai yang tak sopan" dalam bahasa Cina dengan menggunakan foto pemimpin Pakatan seperti Lim Kit Siang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di depan Masjid Zahir, di Alor Setar.

Selain di Langkawi, kain rentang itu juga dikesan di kawasan Kulim-Bandar Baharu, katanya lagi.

NONE Dalam sidang media sama, pegawai media jabatan pilihan raya PAS itu, Zulkifli Yahaya pula mendakwa diserang oleh seorang individu, didakwa sebagai penyokong BN, ketika cuba menurunkan salah satu daripada kain rentang tersebut pagi ini.

"Ini bermakna, dia sendiri yang buat, kalau tidak kenapa di serang saya," katanya yang mendakwa kain rentang itu dikesan terpasan sejak hari penamaan calon lagi di kawasan Alor Mengkudu.

ADS