Pakatan jangka Sabah sumbang 11 MP

Pakatan Rakyat Sabah yakin akan memenangi sekurang-kurangnya 11 kerusi parlimen di Sabah walau menghadapi tentangan pelbagai penjuru di banyak kerusi.

Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong berkata Pakatan yakin akan mempertahankan kerusi Kota Kinabalu, Tuaran dan Beaufort.

Kota Kinabalu dimenangi calonnya Hiew King Cheu pada 2008 manakala Tuaran dan Beaufort pula masing-masing dimenangi Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin.

Bumburing dan Lajim memenangi kerusi itu ketika menyertai BN tetapi kini menjadi sekutu Pakatan.

Lapan lagi kerusi yang diintai Pakatan adalah Sandakan, Putatan, Sepanggar, Tawau, Kota Marudu, Tenom, Keningau dan Penampang.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.