Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyelar pihak yang mencetuskan keganasan dengan mengganggu program ceramah mereka di Nibong Tebal malam tadi.
Sambil menyifatkan pelaku dalam insiden itu sebagai jahat dan ganas, Teng berkata: "Perkara ini tidak mempunyai alasan untuk berlaku kerana kita mahu memenangi pilihan raya ini dengan dasar dan bukan keganasan."
Teng meminta semua pemimpin yang bertanding dalam pilihan raya mengawal penyokong masing-masing kerana "BN sudah mengawal emosi penyokong kami".
"Kami harap pemimpin Pakatan Rakyat akan melakukan perkara yang sama," kata calon Bukit Tengah itu dalam sidang media hari hari ini.
Dalam sidang media lain di Seberang Perai hari ini, polis Pulau Pinang berkata, alat letupan buatan sendiri ditemui di tapak ceramah BN - sebuah meletup pada jam 10.15 malam dan sebuah lagi ditemui pada jam 2 pagi sebelum meledak sejak kemudian.
[Baca berita penuh]

