Anwar tetap akan bersara jika Pakatan tewas

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau akan bersara dari politik sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum kali ini.

Bercakap kepada pemberita di Johor Bahru hari ini, Anwar berkata beliau akan bekerja di sebalik tabir dalam parti pembangkang, namun akan terus memberi sokongan sekiranya diperlukan.

Tambahnya, beliau juga mungkin akan menerima tawaran untuk mengajar di insititusi pengajian tinggi Eropah kerana beliau minat mengajar.

Ini merupakan kali kedua Anwar mengumumkan perkara itu sejak tahun lalu.

Anwar, kini 65 tahun, menjadi ikon pembangkang sejak tahun 1998 apabila dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas tuduhan liwat dan rasuah.

Mahkamah mengenepikan sabitan kesalahan untuk kesalahan liwat itu.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.