"Ia bertulis bahawa empat penceroboh Sulu ditanam di sini (Keningau) tetapi jangan beritahu sesiapa. Saya tidak tahu siapa yang kirim kepada saya, jadi saya cepat-cepat padam," kata seorang wanita.
Tetapi kemudiannya, jirannya pula menerima SMS yang sama."Ia buatkan saya sakit hati. Sudah 10 wira kita terkorban kerana orang ini dan kita tanam mereka di sini.
"Saya dengar ia kerana tiada sesiapa yang menuntut mayat itu dan banyak lagi ditanya di bahagian lain di Sabah," katanya.
Walaupun tahu tempat perkuburan Islam tempat penceroboh dikatakan ditanam, wanita ini tidak ingin melihatnya sendiri.
"Siapa tahu, mungkin anggota keluarganya akan tengok."
Semasa lawatan Malaysiakini ke Kadazandusun Murut itu pada Rabu lalu, banyak juga penduduk yang dengan mudah dapat menunjukkan arah ke perkuburan itu.Khabar angin tentang pengebumian penceroboh di situ juga dibangkitkan dalam ceramah oleh ketua Star dan calon Keningau Jeffrey Kitingan di Kampung Baginda.
Dalam ceramah Jeffrey pada Rabu malam, kira-kira 150 orang yang hadir mendakwa bahawa penceroboh ditanam di tempat yang dekat dengan tempat itu dalam jarak berjalan kaki.
"Mereka ditanam di sini, di Tanah Merah!" kata mereka, merujuk kepada tanah perkuburan di Kampung Padang Tembak.
Memetik sekutu Pakatan Rakyat Ketua APS Paul Kadau, akhbar Harian Ekspres melaporkan mayat itu terpaksa melalui enam kampung di Keningau sebelum sampai ke perkuburan Kampung Padang Tembak.Beliau dipetik sebagai menjelaskan awal bulan ini, dalam budaya mereka, kerajaan perlu membayar 'sogit' (seperti pampasan) untuk menolak bala.
[Baca berita penuh]