Guan Eng terima panggilan ugutan tentang anaknya

PULAU PINANG Ketua Menteri sementara, Lim Guan Eng telah dilaporkan menerima ugutan yang melibatkan anak lelakinya dari pemanggil yang tidak dikenali.

NONESetiausaha politiknya, Ng Wei Aik berkata, kira-kira jam 1 tengahari semalam, ibu pejabat DAP menerima satu panggilan
dari seorang yang bercakap dalam berbahasa Inggeris yang memberi amaran bahawa Lim patut "menjaga anaknya".

"Nampaknya mereka sudah mahu main taktik kotor. Jadi, kita telah membuat laporan polis terhadap orang itu," kata Ng, yang juga calon DAP bagi kerusi Tanjung.

Ng berkata, DAP juga menerima maklumat bahawa server Internet laman web parti itu, termasuk Facebook, semakin perlahan dan menjejaskan trafik ke lamanweb tersebut.

"Kami periksa dan ini tidak berlaku di Singapura. Ia nampak seperti mereka cuba untuk menyekat kita daripada mengakses Internet," katanya.

Beliau menggesa Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) supaya memainkan "peranan profesional" mereka dan mengambil tindakan terhadap percubaan untuk menyekat lamanweb Internet parti pembangkang.

"Pada masa yang sama, jangan hanya bergantung kepada Internet, datanglah ke ceramah kami, terutama yang akan diadakan di padang Kolej Han Chiang yang akan dihadiri oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang," katanya.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.