Polis buka 6 pos kawalan di KT sempena p'raya

Enam pos kawalan polis diwujud di di kawasan berisiko di sekitar Kuala Terengganu bagi menggelak insiden yang tidak diingini sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Supt Abdul Halim Ishak berkata pos diwujudkan di Kuala Ibai, Wakaf Mempelam, Chendering, Manir, Gong Badak dan Batu Rakit yang telah beroperasi selepas hari penamaan calon.

Beliau berkata ia bagi memudahkan orang ramai melapor kes berkaitan pilihan raya.

"Pos beroperasi bermula pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang pilihan raya. Kita wujud pos di kawasan yang sering berlaku kekecohan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pos Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu.

Sementara itu Abdul Halim berkata sebanyak 70 laporan diterima IPD Kuala Terengganu selepas penamaan calon sementara 116 permit ceramah dikeluarkan.

Daripada 70 laporan itu, sebanyak 10 kes disiasat kerana mencetuskan kekecohan dan perbuatan khianat manakala seorang penyokong parti telah didakwa kerana terlibat dalam pergaduhan, katanya.

- Bernama

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.