Undi Bajau cabaran buat Bumburing

SABAH Walau penerimaan bekas pemimpin Umno Datuk Seri Lajim Ukin dilihat memberi kelebihan kepada Pakatan dalam usaha untuk merampas kerusi parlimen Beaufort, keadaan berbeza diperhatikan untuk bekas pemimpin Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing di Tuaran.

Kawasan yang terleak sejauh kira-kira 40 minit perjalanan dari bandar Kota Kinabalu itu meliputi tiga kawasan DUN – Tamparuli dan Kiulu dengan majoriti pengundi KadazanDusun Murut, serta Sulaman yang kebanyakannya merupakan pengundi bumiputera beragama Islam.

Pergeseran di kawasan itu dikesan sejak sebelum hari penamaan calon apabila ketua PKR Tuaran Ansari Abdullah mengumumkan dirinya sebagai calon PKR kawasan tersebut, namun kemudiannya diketepikan apabila Bumburing yang bersekutu dengan NGO APS diumumkan sebagai calon.

Keretakan itu semakin ketara apabila PKR Tuaran mengumumkan sokongan kepada calon Bebas – anak Ansari, Erveana untuk kerusi Tuaran dan Ali Akhbar Ali untuk Kiulu, dengan lambang bunga raya.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.