Warga Malaysia di India mengundi

Warga Malaysia di India keluar mengundi di tiga lokasi berlainan, iaitu New Delhi, Chennai (Tamil Nadu) and Mumbai (Maharashtra).

Di New Delhi, sejumlah 31 warga dijadual mengundi, 23 daripadanya ialah petugas Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan selebihnya adalah warga Malaysia yang tinggal di pelbagai tempat di India Utara.

Ghanaseharan Muniandy, antara yang awal keluar mengundi, berkata inisiatif kerajaan yang membolehkan warga Malaysia yang tinggal di seberang laut untuk mengundi merupakan langkah tepat.

"Ini membolehkan saya dan warga Malaysia lainnya melaksanakan hak demokrasi kami. Jika tidak kebanyakan kami akan ketinggalan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi hari ini.  

Beliau percaya Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dari segi kematangan politik.

- Bernama
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.