Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kemelut berhubung dakwaan bahawa dakwat kekal yang digunakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak tahan lama, yang telah dilaporkan secara meluas oleh media dan di Internet hari ini, boleh menjejaskan proses pilihan raya dan demokrasi, kata Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

NONE Maria (kiri) berkata, SPR perlu bertanggungjawab jika terdapat undi  berganda, kerana mereka yang mengundi di bawah proses pengundian awal semalam, boleh mengundi sekali lagi pada hari Ahad ini.

"Apa yang boleh anda katakan tentang SPR? Ia sebelum ini berkata dakwat kekal itu sudah diuji dan boleh tahan selama tujuh hari.

"Kami benar-benar kecewa dengan perkembangan ini dan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohd Baria bahawa petugasnya mungkin tidak 'menggoncang botol dakwat'.

"Kejadian itu semakin mengurangkan lagi keyakinan kami terhadap SPR dan menunjukkan proses pilihan raya boleh dikompromi. Bagaimana SPR boleh melakukan ini kepada rakyat?" tanya Maria.

Kamaruddin dilaporkan oleh agensi berita nasional, Bernama sebagai berkata dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya, mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas SPR mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR itu dilaporkan berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.

"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," kata Kamaruddin lagi.

[Baca berita penuh]

ADS