Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Aziz: Balik pangkah PAS, hati-hati memandu

Berlatar belakang gemerlap lampu dan menara ikonik KLCC, kira-kira 5,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi untuk bermunajat supaya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan dalam pilihan raya umum Ahad ini.

Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi menangani jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai.

Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat.

NONE Veteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali.

Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan.

Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam.

"Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS