BN menang PRU13

   

Proses penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing.

LAPORAN LANGSUNG

3.58am Keputusan muktamad Parlimen: BN 133, Pakatan 89.

3.29am:

Kesemua 3 negeri yang dipertahankan Pakatan - Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan - mendapat majoriti 2/3.

Selangor - Pakatan 44, BN 12

Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10

Kelantan - Pakatan 33, BN 12

3.21am

SELANGOR BN 12, PAS 15, DAP 15, PKR 14 .

3.18am:

MCA yang bertanding 37 kerusi Parlimen dan 90 DUN alami kemerosotan paling teruk dalam sejarahnya apabila hanya menang 6 Parlimen dan 10 DUN.

2am:

KEMASKINI Pakatan berjaya rampas 21 kerusi dari BN tetapi hilang 15 kerusi.

Kerusi dirampas Pakatan

1) Stampin (DAP)

2) Sarikei (DAP)

3) Lanang (DAP)

4) Kluang (DAP)

5) Kampar (DAP)

6) Miri (PKR)

7) Lumut (PKR)

8 Gelang Patah (DAP)

9) Sandakan (DAP)

10) Sibu (DAP, kalah pada 2008, tetapi menang dalam piliahn raya kecil 2010)

11) Tuaran (PKR)

12) Penampang (PKR)

13) Bukit Katil (PKR)

14) Temerloh (PAS)

15) Alor Setar (PKR)

16) Pandan (PKR)

17) Kuala Terengganu (PAS)

18) Dungun (PAS)

19) Batu Pahat (PKR)

20) Kuala Nerus (PAS)

21) Sepang (PAS)

Kerusi dirampas BN

1) Titiwangsa (PAS)

2) Kuala Selangor (PAS)

3) Pendang (PAS)

4) Balik Pulau (PKR)

5) Bagan Serai (PKR)

6) Kulim-Bandar Baru (PKR)

7) Hulu Selangor (PKR, menang pada 2008 tetapi tewas dalam pilihan raya kecil 2010)

8) Padang Terap (PAS)

9) Jerai (PAS)

10) Sik (PAS)

11) Merbok (PKR)

12) Baling (PAS)

13) Machang (PKR)

14) Ketereh (PKR)

15) Tanah Merah (PKR)

2.23am:

SABAH Parti tempatan Star, SAPP & Bebas kebanyakannya hilang deposit. Pengundi pilih sama ada Pakatan atau BN.

2.22am

Keputusan Parlimen: BN 129, Pakatan 80.

2.03am:

BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15.

1.46am:

Ketua menteri sementara Pulau Pinang Lim Guan Eng menolak tanggapan bahawa Pakatan Rakyat tidak berjaya memperluaskan pengaruh di kalangan pengundi Melayu di negeri tersebut dalam pilihan raya sebelum ini.

"Kami masih belum menjalankan analisis lengkap namun mendapati majoriti di kebanyakan kerusi kami menigngkat. Ada pertambahan undi Melayu, contohnya di Sungai Pinang kami menang dengan 4,000 lebih dan itu dua kali ganda majoriti kami.

“Itu hanya boleh dicapai dengan mengekalkan undi Melayu atau pertambahannya sedikit. Saya rasa ia meluas di kesemua kerusi. Dan kami menang kerusi Melayu di Seberang Jaya, di Permatang Pauh,” katanya.

Tambahnya, kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan peguasaan di negeri tersebut menunjukkan bahawa rakyat negeri itu menolak “politik wang, keganasan dan gengsterisme”.

Bercakap dalam sidang medianya malam ini, beliau juga berterima kasih dengan PAS dan PKR dan berkata pertandingan kali ini juga amat sengit, terutama di kerusi DUN Air Putih yang ditandinginya.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan SPR awal pagi ini menyatakan DAP menang 16 kerusi, BN dan PKR masing-masing sembilan kerusi, serta PAS satu kerusi.

1.10am Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan berlakunya trend polarisasi pengundian yang membimbangkan dan boleh mencetuskan ketegangan.

Justeru itu, tambahnya, kerajaan akan memperkenalkan "national reconciliation" untuk mengekang fahaman keterlaluan

Beliau juga meminta pembangkang hormati keputusan rakyat.

1.05am:

Pengarah Pilihan Raya Pas Kedah, Senator Datuk Muhamad Yusuf Husin berkata berkata Pakatan hanya mampu mempertahankan 15 kerusi DUN berbanding 21 yang dimenangi BN di negeri itu.

BN Perak juga berjaya membentuk kerajaan di negeri tersebut.

12.48am

BN sudah mendapat 112 kerusi Parlimen, sekali gus kembali berkuasa dengan majoriti mudah.

12.45am:

BN telah memperolehi 108 kerusi Parlimen dan memerlukan empat lagi kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah.

12.40am: Calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali gagal mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas

Di KELANTAN Pakatan menang 10 kerusi Parlimen, BN 4. PAS menang 33 kerusi DUN, BN 12.

12.27: Mengikut SPR, sehingga tengah malam ini, BN telah memenangi 97 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 48 kerusi (DAP 25, PKR 14 dan PAS 9)

12.20am: RASMI BN kekal menguasai Perlis apabila parti itu menang 13 daripada 15 kerusi DUN.

12.11am: Berikut adalah senarai kerusi yang berjaya dirampas Pakatan dan sebaliknya oleh BN setakat ini.

Kerusi dirampas Pakatan:

  • Stampin (DAP)
  • Sarikei (DAP)
  • Lanang (DAP)
  • Kluang (DAP)
  • Kampar (DAP)
  • Miri (PKR)
  • Lumut (PKR)
  • Gelang Patah (DAP)
  • Sandakan (DAP)
  • Sibu (DAP)
  • Tuaran (PKR)
  • Penampang (PKR)
  • Bukit Katil (PKR)
  • Temerloh (PAS)
  • Alor Setar (PKR)
  • Pandan (PKR)

Kerusi dirampas BN:

  • Titiwangsa (PAS)
  • Kuala Selangor (PAS)
  • Pendang (PAS)
  • Balik Pulau (PKR)
  • Bagan Serai (PKR)

12.07am: 19 kerusi DUN Kedah dipercayai dalam genggaman BN. Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah dijangka akan mengadakan sidang media lewat malam ini.

12.02am: Naib presiden PAS Salahuddin Ayub tewas di Pulai dengan majoriti 4,000 undi.

Penyandang kerusi Kuala Krai , Dr Hatta Ramii pula berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

11.55pm: PKR dalam satu menyatakan parti itu akan mengumumkan kemenangan di 29 kerusi parlimen berikut:

  • Bukit Katil
  • Lembah Pantai
  • Wangsa Maju
  • Bayan Baru
  • Subang
  • Kuantan
  • Tuaran
  • Pandan
  • Gopeng
  • Permatang Pauh
  • Bandar Tun Razak
  • PJ Selatan
  • Teluk Kemang
  • Kelana Jaya
  • Penampang
  • Ampang
  • Miri
  • Lumut
  • Batu
  • Nibong Tebal
  • Selayang
  • Indera Mahkota
  • Sungai Siput
  • Kuala Langat
  • Kapar
  • Gombak
  • Kuala Kedah
  • Alor Setar
  • Sg Petani

  11.51pm: Utusan melaporkan Othman Abdul (BN) menewaskan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Pendang dengan majoriti 2,600 undi.

11.43pm: PAS mengumumkan ketua pemudanya Nasruddin Hassan berjaya menewaskan Datuk Saifuddin Abdullah di kerusi Temerloh .

11.36pm: Timbalan mursyidul am PAS Datuk Haron Din tewas di kerusi Arau . Ia dimenangi bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim.

11.29pm: Pemimpin DAP Charles Santiago berkata Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor dengan pertambahan dua kerusi DUN.

Pakatan menguasai 38 kerusi berbanding 18 di tangan BN.

11.23pm: Perkembangan setakat ini menunjukkan BN semakin menguasai di Kedah melalui 19 kerusi DUN yang. Pakatan setakat ini menguasai 14 kerusi daripada 36 DUN di negeri itu.

Bagaimanapun penjumlahan untuk kerusi berkenaan setakat ini masih berjalan.

Berikut adalah kerusi DUN yang kini sedang dikuasai BN:

  • Ayer Hangat
  • Kuah
  • Kota Siputeh
  • Ayer Hitam
  • Jitra
  • Kuala Nerang
  • Bukit Lada
  • Bakar Bata
  • Sg Tiang
  • Guar Cempedak
  • Gurun
  • Belantik
  • Jeneri
  • Tanjung Dawai
  • Pantai Merdeka
  • Bayu
  • Kupang
  • Bandar Baru
  • Bukit Kayu Hitam

11.10pm:

Keputusan tidak rasmi setakat ini menunjukkan 15 kerusi DUN dikuasai BN di Kedah. PAS berjaya menguasai 13 kerusi, daripada keseluruhan 36 kerusi.

10.59pm: PKR mengumumkan penyandang kerusi Bandar Tun Razak Tan Sri Khalid Ibrahim menang. Beliau juga mendahului dalam penjumlahan untuk kerusi DUN Pelabuhan Kelang .

10.47:

Khalid Samad (PAS) menang di Shah Alam menewaskan naib presiden PERKASA Zulkifli Noordin (BN) dengan majoriti lebih 10,000.

10.42: PAS mengumumkan parti itu hanya berjaya menguasai 15 daripada 32 kerusi DUN Terengganu. BN menang 17 kerusi.

10.39pm: Laporan Utusan menyebut BN menang di Negeri Sembilan dengan majoriti mudah.

10.35pm: RASMI DAP menang di kerusi Kepong dan Seputeh.

10.28pm: PKR mengumumkan calonnya Datuk Seri Chua Jui Meng tewas di Segamat .

Bagaimanapun, calon mereka masih mendahului dalam penjumlahan yang masih berjalan di Tebrau dan Pasir Gudang .

Parti itu juga mengumumkan menang di Lembah Pantai dan juga kerusi Lumut .

10.25pm:

DAP mengumumkan penasihatnya Lim Kit Siang berjaya merampas kerusi Gelang Patah .

Laman Harakahdaily mengungumkan naib presiden parti itu Salahuddin Ayub berjaya merampas kerusi Pulai .

10.21pm: Maklumat tidak rasmi menyebut BN berjaya menguasai 12 kerusi DUN Kedah, berbanding 9 yang dikuasai Pakatan.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN.

9.56pm: Liew Chin Tong (DAP) berjaya merampas kerusi parlimen Kluang dari MCA berdasarkan 89 peratus undi yang dijumlahkan setakat ini.

DAP - 33,863

BN - 26,499

DAP juga dijangka menang di Kulai . Undi yang diperolehi setakat ini seperti berikut:

DAP - 28,058

BN - 16,192

Bebas - 137

Di Gelang Patah , Lim Kit Siang (DAP) dijangka menang. Parti itu meningkatkan jumlah yang didahuluinya dengan 10,577 undi.

DAP - 29,942

BN - 19,365

9.53pm Maklumat di laman pru13.pas.org.my menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan majoriti mudah 23 daripada 45 kerusi DUN.

9.40pm:

Nurul Izzah Anwar (PKR) dijangka mengekalkan kerusi Lembah Pantai . Jumlah majoriti yang diperolehinya kini semakin bertambah. Pencabarnya ialah Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN).

PKR - 23,125

BN - 19,580

Bebas - 126

Undi yang dijumlahkan: 59.55%

9.38pm:

Laporan Oriental Daily menyebut, SUPP kini hanya mampu mengekalkan satu kerusi parlimen – Serian – yang dimenangi calon bumiputeranya Richard Riot Jaem.

Parti itu tewas di Stampin , Sarikei dan Lanang kepada DAP dan di Miri kepada PKR. SUPP juga gagal merampas semula Kuching dan Sibu dari DAP.

9.26pm:

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan Pakatan berjaya mengekalkan Pulau Pinang dan beliau juga mengekalkan kerusi Air Putih .

9.25pm: Penjumlahan terkini menunjukkan Lim Kit Siang masih mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah .

DAP - 22,312

BN - 15,007

Jumlah pengundi: 106,864

9.19pm: TAK RASMI

– BN rampas Kedah dari PAS.

Sementara itu, PKR memenangi kerusi Indera Kayangan di Perlis. Ini merupakan kali pertama kerusi tersebut jatuh ke tangan pembangkang.

Indera Kayangan merupakan salah satu daripada lima kerusi bawah kawasan parlimen Kangar, dengan 47.7% Melayu, 46.8% Cina dan 4.3% India.

9.08am: Keputusan rasmi dari SPR untuk 31 kawasan parlimen di Sarawak:

BN - 16

DAP - 1

9.08pm:

Nurul Izzah Anwar mendahului di kerusi parlimen Lembah Pantai dengan perbezaan kecil. Penjumlahan masih diteruskan.

PKR - 27,234

BN - 25,666

Jumlah pengundi: 72,533

9pm: Laporan Utusan menyebut, BN kini hanya perlu menang di dua kerusi parlimen untuk memberi kemenangan dengan majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi.

Utusan juga melaporkan Kedah jatuh ke tangan BN manakala akhbar Sin Chew Daily menyebut Terengganu kembali ke tangan Pakatan.

8.55pm: DAP setakat ini berjaya mengekalkan lima kawasan parlimen yang ditandinginya – Kuching di Sarawak dan empat lagi di Kuala Lumpur – Bukit Bintang, Seputeh, Kepong dan Segambut .

Sementara itu, PKR berjaya mengekalkan Bayan Baru di Pulau Pinang.

Umno pula mengekalkan kerusi Putrajaya dan Setiawangsa di Kuala Lumpur. Laporan tidak rasmi menunjukkan parti itu turut merampas Titiwangsa daripada PAS.

8.50pm: DAP dijangka memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

8.25pm: TAK RASMI Fong Kui Lun (DAP) berjaya mengekalkan kerusi Bukit Bintang . Lebih 90 peratus keluar mengundi di kawasan tersebut hari ini. Beliau menewaskan pencabarnya Frankie Gan Joon Zin (BN).

DAP - 27,096

BN - 9,925

Jumlah pengundi: 55,887

8.41pm: Lim Kit Siang (DAP) mengekalkan mendahului Datuk Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah , Johor.

 

DAP - 10,892

BN - 8,549

Jumlah pengundi: 106,864

8.35pm: TAK RASMI BN Menang lagi 3 kerusi: Mas Gading, Batang Lupar, Limbang .

8.34pm:

Di Kulai, Teo Nie Ching (DAP) mendahului Tay Chin Hein (BN) dan S Kuppayah (Bebas) bagi kerusi parlimen.

DAP: 8,613

BN: 6,292

Bebas: 85

Jumlah pengundi: 84,149

8:28pm: Keputusan tidak rasmi: DAP mengekalkan Bandar Kuching .

DAP - 30,133

BN - 10,491

Majoriti - 19,640

Penyandang MP Chong Chieng Jen (DAP) telah meningkatkan majoritinya hampir 10,000 undi. Pada tahun 2008, Chong memenangi kerusi itu dengan majoriti 9,952 undi.

8.25pm: TAK RASMI BN 7, PR 1. BN memang di Putrajaya, Serian, Betong, Igan, Mukah, Julau, Lawas. Pakatan menang di Bandar Kuching.

8.21pm: Segamat - Selepas 61 peratus undi dikira, Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramaniam (BN) ini mendahului Datuk Chua Jui Meng (PKR).

PKR - 10,466

BN - 13246

Jumlah pengundi: 47,115

Sementara itu di Pasir Gudang , Normala Abdul Samad (BN) kini mendahului Ahmad Faidhi Saidi (PKR)

PKR - 11,001

BN - 11,616

Jumlah pengundi: 101,121

8.20pm: Di Lembah Pantai, penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) kembali mendahului calon BN Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 11941

BN - 10,623

Bebas - 74

Jumlah pengundi: 72,533

8.18pm: Raja Nong Chik (BN) kembali mendahului di hadapan penyandang Nurul Izzah (PKR) di kawasan parlimen Lembah Pantai .

PKR – 8722

BN – 9090

Jumlah pengundi: 72,533

8.13pm: Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah , Johor.

 

DAP - 7,619

BN - 6,336

Jumlah pengundi: 106,864

8.06pm: Di Labis , Johor , calon DAP Ramakrishnan Suppiah mendahului penyandang dari BN, Chua Tee Yong (BN).

DAP - 3,561

BN - 2,225

Jumlah pengundi: 37,787

8.05pm: Di Lembah Pantai , penyandang MP Nurul Izzah Anwar (PKR) mendahului buat kali pertama mengatasi Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) dalam kiraan undi.

PKR - 7,746

BN - 7,128

Bebas - 54

Jumlah pengundi: 72,533

7.59pm: Di Air Putih , penyandang Lim Guan Eng (DAP) mendahului jauh di hadapan Tan Ken Keong (BN) untuk kerusi DUN tersebut.

DAP - 3,180

BN - 655

 

Jumlah pengundi: 13,848

7.56pm: Rafizi Ramli (PKR) mendahului di Pandan dengan diekori rapat Lim Chin Yee (BN).

PKR – 9, 845

BN – 4,117

Jumlah pengundi: 83,936

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi parlimen yang disasarkan di Johor:

Di Segamat , Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang Datuk Ser Dr S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855

BN – 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang , Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang Hou Kok Chung (BN).

 

DAP - 5,369

BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914

7.47pm: TAK RASMI Tengku Adnan menang di Putrajaya

7.46pm: Pakatan Rakyat mendahului di dua kerusi Parlimen yang disasarnya Johor;

Di Segamat , Datuk Chua Jui Meng (PKR) mendahului penyandang MP S Subramaniam (BN).

PKR - 5,855

BN - 4,227

Jumlah pengundi: 47,115

Di Kluang , Liew Chin Tong (DAP) mendahului penyandang MP Hou Kok Chung (BN).

 

DAP - 5,369

BN - 3,390

Jumlah pengundi: 86,914

7.40pm: Calon PKR Ahmad Faidi Saidi mendahului dalam kiraan undi awal di Pasir Gudang , menentang Normala Abdul Samad (BN).

PKR - 5,131

BN - 3731

Seramai 15,798 pengundi didaftarkan di kawasan parlimen yang menempatkan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu.

      

7:31pm: TAK RASMI Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (BN) menewaskan Datuk Husam Musa (PAS) di Putrajaya .

BN - 9804

PAS - 4366

Seramai 101,121 didaftarkan sebagai pengundi di kawasan ini.

7:31pm: Di Lembah Pantai , Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN), mendahului dengan selesa di hadapan Nurul Izzah Anwar (PKR). Calon Bebas Rusli Baba di tempat tercorot.

 

BN - 2,410

PKR - 986

Bebas - 5

7.29pm:

Lim Kit Siang (DAP) terus mendahului Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah , Johor.

DAP - 4,719

BN - 4,642

7.24pm: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan “Pakatan Rakyat telah menang”.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan maksud sebenar tulisannya itu, yang dimuatkan di Facebook dan Twitter malam ini.

Kami menggesa Umno dan SPR agar tidak merampas keputusan ini," katanya dalam tulisan tersebut.

Keputusan pilihan raya kini sedang diperolehi sedikit demi sedikit dari pusat penjumlahan.

7.24pm:

Lim Kit Siang (DAP) mendahului di Gelang Patah . Datuk Abdul Ghani Othman (BN) kini dipintas dengan lebih 100 undi.

DAP - 3,567

BN - 3,422

 

7.22pm:

Su Keong Siong (DAP) mendahului Kathleen Wong Mei Yin (BN) di Ipoh Timor , Perak.

BN - 6,379

DAP  - 25,305

 

7.16pm:

Timbalan Menteri Pulau Pinang P Ramasamy (DAP) sedang mendahului kiraan undi bagi kerusi DUN Perai.

DAP - 2,055

BN - 545

Bebas - 5

Terdapat 16,087 pengundi di DUN ini.

7.10pm: Nurul Izzah Anwar (PKR) yang ketinggalan jauh di belakang Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin (BN) di Lembah Pantai, dalam kiraan undi awal.

BN - 1,783

PKR - 76

Bebas - 1

Terdapat 72,533 pengundi di kawasan Parlimen ini.

7.07pm: Chong Chieng Jen (DAP) sedang mendahului calon BN Tan Kai (BN) di Bandar Kuching , Sarawak.

BN - 3,328

DAP - 6,247

Sementara itu, Julian Tan Kok Ping (DAP) juga mendahului Yong Koon Seng (BN) dan Soo Lina (Star) di Stampin .

BN - 3,565

DAP - 6,115

Bintang-3

7.03pm: Di Bentong, Pahang, penyandangnya, Datuk Seri Liow Tiong Lai (BN) mendahului dengan kurang daripada 100 undi.

BN - 1,354

DAP - 1,276

6.55pm: Lim Kit Siang (DAP) masih ketinggalan di belakang Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) di Gelang Patah , Johor.

BN - 2,237

DAP - 1,382

 

Sementara itu di Kulai , Teo Nie Ching (DAP) masih mendahului.

DAP - 1,499

BN - 801

6.48pm: Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendahului di kerusi Air Putih dalam kiraan awal.

DAP - 820

BN - 171

Terdapat 13,848 pengundi di DUN ini.

6.40pm: calon DAP Teo Nie Ching, yang juga bekas Ahli Parlimen Serdang, mendahului kiraan undi di kerusi Parlimen Kulai di Johor.

Beliau berdepan dengan pertandingan tiga penjuru dengan Tay Chin Hein (BN) dan Surendiran Kuppayah (Bebas)

DAP - 1,336

BN - 509

6.36pm: BN mendahului di Gelang Patah , Johor yang menyaksikan pertandingan antara Datuk Seri Abdul Ghani Othman (BN) dan Lim Kit Siang (DAP).

BN - 1,532

DAP - 688

6.27pm: BN mendahului DAP di kerusi Sibu dan Bintulu di Sarawak.

Di Sibu, BN mendapat 3,033 undi berbanding 1,856 undi untuk DAP di kerusi yang menyaksikan pentandingan tiga penjuru itu.

Lau Lee Ming (BN) berdepan Oscar Ling Chai Yew (DAP) dan Narawi Haron (Bebas).

Di Bintulu, BN mendahului dengan 6,098 undi berbanding 2,323 untuk DAP.

Tiong King Sing (BN) mempertahankan kerusi tersebut dengan menentang John Brian Anthony Jeramy Kuang (DAP).

6.07pm: PKR dijangka merampas kerusi Saratok di Sarawak. Parti itu kini mendahului dengan lebih separuh kerusi yang dijumlahkan.

6.05pm: Wartawan Malaysiakini dihalang daripada memasuki ibu pejabat Umno di PWTC.

Pemimpin tertinggi BN dijangka berkumpul di situ untuk mengikut keputusan pilihan raya.

6pm: Proses penjumlahan bermula.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In