Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Suara bangkangan masyarakat Cina terlalu kuat'

MCA perlu menyelami dan mengkaji secara terperinci bagi mencari isu berkaitan masyarakat Cina sehingga menyebabkan parti itu mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), semalam.

    

Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Chew Lian Keng berkata walaupun parti sedih dan terkejut dengan keputusan tersebut, "tetapi kita tidak dapat menahan suara bangkangan daripada masyarakat Cina. Ia terlalu kuat".

    

Katanya, keputusan PRU13 itu membuktikan dua perkara iaitu, kaum Cina tidak menerima perkhidmatan dan agenda pembangunan yang ditawarkan MCA.

    

Beliau mengulas mengenai prestasi buruk parti itu dalam PRU13 yang hanya memenangi tujuh kerusi Parlimen daripada 37 yang dipertandingkan dan 11 kerusi DUN daripada 89 kerusi yang dipertaruhkan.

    

Ia merupakan pengurangan ketara berbanding 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU 2008.

    

Sementara itu, Presiden Huazong Tan Sri Pheng Yin Huah berpendapat kerajaan pimpinan BN seharusnya mengambil iktibar untuk menambah baik struktur pentadbiran mereka yang diiktiraf semua pihak.

    

"Bagaimana meraih kembali sokongan kaum Cina terhadap kerajaan, itu penting. Mereka seharusnya mencari punca berlakunya 'tsunami Cina' pada PRU kali ini dengan membuat 'kajian' dan memulih kembali cara kepimpinan mereka," katanya.

    

Bagi Prof Madya Zainal Abidin Borhan dari Universiti Malaya berkata 'tsunami Cina' yang ditunjukkan masyarakat Cina dalam PRU13 menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) tidak cukup memahami keperluan dan kehendak masyarakat Cina sepanjang lima tahun kebelakangan ini.

    

Beliau berkata: "Memandangkan 'isyarat' itu telah diberi masyarakat Cina melalui PRU kali ini, maka seharusnya nasib mereka perlu terus dibela sebelum PRU14,".

    

- Bernama

ADS