Polis sedang mengesan 150 orang yang didakwa terlibat dalam kejadian sekumpulan individu yang menahan sebuah bas di Pelabuhan Klang pada 5 Mei, dipercayai membawa pengundi hantu.
MP Klang Charles Santiago berkata, polis memaklumkan mahkamah majistret di Klang berhubung perkara itu ketika memohon perintah reman ke atas tiga individu yang ditahan pada Isnin lalu, berhubung kejadian tersebut.
Santiago berkata tiga individu tersebut merupakan antara tujuh yang ditahan bawah Seksyen 149 Kanun Keseksaan, berhubung kesalahan merusuh dengan senjata.
Katanya, tiga individu ditahan pada hari Isnin lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis. Perkara sama turut berlaku ke atas tiga lagi individu pada hari Selasa dan seorang lagi pada hari ini, katanya.
"Tapi ini hanya individu yang menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan,” kata Santiago.
[Baca berita penuh]

