Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Najib, bukan Cina pun tolak MCA'
Diterbitkan:  May 8, 2013 9:22 PM
Dikemaskini: 1:28 PM

Daripada menyalahkan pengundi Cina, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu bertanya mengapa orang Melayu tidak menyokong MCA, malah pengundi Melayu dan India pun beralih kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum Ahad lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, bukan sahaja orang Cina tidak menyokong MCA, malah pengundi Melayu pun tidak mengundi parti yang diketuai oleh Datuk Seri Chua Soi Lek.

NONE "Dengan terus menyalahkan pengundi Cina atau mendakwa pengundi Cina telah dikelirukan oleh DAP untuk mengundi menentang BN, Najib (kanan) menunjukkan penghinaan bukan sahaja kepada hak demokrasi kebebasan membuat pilihan tetapi juga menghina kebijaksanaan semua pengundi Malaysia.

"Pilihan raya umum Ahad lalu menyaksikan tsunami rakyat Malaysia menyebabkan Pakatan memenangi undi popular sebanyak 51 peratus buat kali pertama dalam sejarah. Walaupun memperolehi lebih undi daripada BN daripada sokongan semua kaum, BN terus menyalahkan pengundi Cina.

"Orang Cina merupakan hanya 25 peratus daripada 29 juta penduduk Malaysia di mana kurang daripada separuh telah mendaftar untuk mengundi," kata Lim.

NONE BN memperolehi 5.237 juta undi untuk 222 kerusi Parlimen berbanding

dengan Pakatan yang mendapatkan 5.623 juta undi.

Tiga parti Pakatan - PKR, PAS dan DAP - juga melepasi BN di kerusi negeri, dengan memperolehi 4.879 juta berbanding dengan 4.513 juta undi BN.

Lim mempersoalkan bagaimana boleh orang Cina yang merupakan hanya 25 peratus daripada jumlah undi, membolehkan Pakatan menambah undi popular sebanyak 51 peratus.

"Siapakah baki 26 peratus jika tidak orang Melayu, India Kadazan dan Iban?"

Oleh itu, beliau mencadangkan supaya Najib dan BN mengkaji mengapa pengundi Melayu dan India pun tidak bersedia untuk mengundi MCA atau BN.

[Baca berita penuh]

ADS